Hadiah cabutan bertuah mewah raikan pemain Thailand - Utusan Malaysia

Hadiah cabutan bertuah mewah raikan pemain Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gaya ‘mewah’ Thailand meraikan pemainnya menjelang separuh akhir Piala AFF 2020 menentang Vietnam malam ini mencuri tumpuan peminat.

Semalam, skuad Gajah Perang mengadakan acara cabutan bertuah bersama pemain dan jurulatih di hotel penginapan pasukan di Singapura.

Apa yang menarik perhatian, hadiah yang disediakan pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang semua serba mewah.

Berdasarkan gambar yang dikongsi Facebook Changsuek, ada 15 barangan berjenama mewah menjadi rebutan.

Antara yang dapat dilihat beg tangan Hermes Constance, Prada, Christian Dior, Chanel, selain jam tangan Rolex, Hermes dan iPhone 13.

Pemain tengah, Weerathep Pomphan memenangi hadiah utama iaitu beg Hermes Constance.

Madame Pang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Muang Thai Insurance PCL, selain pengerusi Kelab Bola Sepak Port.

Selain itu, presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut mengumumkan beliau secara peribadi akan memberi bonus 10 juta baht (RM1.25 juta) kepada semua pemain dan staf kejurulatihan jika berjaya menewaskan Vietnam dan layak ke final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya