Formula Satu tidak melayan saya secara adil – Verstappen - Utusan Malaysia

Formula Satu tidak melayan saya secara adil – Verstappen

LEWIS Hamilton ketika meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Arab Saudi di Jeddah, minggu lalu, menewaskan Max Verstappen. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Max Verstappen mendakwa dia mendapat la­yanan buruk dan berat sebelah daripada Formula Satu (F1), sambil menegaskan dirinya tidak akan mengubah cara pemanduan dalam usaha merebut gelaran dunia.

Pemandu Red Bull tersebut dan Lewis Hamilton dari Mercedes kini berkongsi 369.5 mata selepas 22 perlumbaan di seluruh dunia menjelang saingan penutup musim di Grand Prix (GP) Abu Dhabi esok.

Pelumba Belanda itu mene­rima dua hukuman iaitu pe­nalti lima saat (s) dan 10s pada ­pe­r­­lumbaan di Arab Saudi ming­gu lalu ekoran terlibat dalam ­pelanggaran dengan Hamilton.

Kata pemandu berusia 24 tahun itu, terdapat banyak peraturan dalam F1, selain mendakwa bukan semua pemandu akan menerima nasib sepertinya biarpun melakukan kesalahan sama.

MAX VERSTAPPEN

“Saya melakukan tindakan kerana mahu bertahan tetapi pemandu lain melakukan pemanduan yang sama kerana mahu ber­saing.

“Bagaimanapun nama mereka tidak disebut atau dikenakan penalti. Saya tidak faham kenapa hanya saya yang dilabelkan sebagai berlumba secara berbahaya?

“Saya tidak layak me­nerima sebarang pe­nalti. Ada orang lain yang jelas melakukan kesalahan, namun tidak me­nerima walau satu pun hukuman.

“Mengapa hanya saya seorang yang mendapat pe­nalti? Jelas sekali saya diberi layanan berbeza.

“Sama seperti orang lain, saya berjuang untuk berada di depan,” kata Verstappen.

Keadaan menjadi amat tegang buat Verstappen yang perlu ­me­ngatasi Hamilton esok bagi mengesahkan kejua­raan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya