FAM tunggu laporan lengkap Cheng Hoe - Utusan Malaysia

FAM tunggu laporan lengkap Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelbagai kecaman dan kritikan dilemparkan kepada pasukan Harimau Malaya dalam media sosial disebabkan kegagalan di Piala AFF 2020, Singapura namun ada juga peminat terus memberi sokongan.

Tempoh singkat dalam membuat persediaan, dihantui isu Covid-19 dan kecederaan selain hanya membawa 24 pemain serta mempersoalkan taktikal diterapkan pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menjadi antara topik yang hangat diperkatakan netizen.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menerima tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala AFF 2020, selain hasrat mengulangi pencapaian 2018 tidak kesampaian.

“Pengurusan pasukan kebangsaan diminta untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan,” ujar Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan semalam.

Pasukan kebangsaan kendalian Cheng Hoe mencatat dua kemenangan ke atas Laos dan Kemboja tetapi tewas kepada Vietnam dan Indonesia sekali gus menafikan mereka untuk mara ke separuh akhir.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya