Faisal, Cools kuatkan Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Faisal, Cools kuatkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syafiq Ahmad mengetuai jentera serangan Malaysia dalam pertarungan ‘hidup mati’ menentang Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF hari ini.

Harimau Malaya yang perlu mengalahkan Garuda untuk mengesahkan tiket separuh akhir turut menyenaraikan bek tengah yang baru tiba dari Denmark, Dion Cools dalam kesebelasan utama.

Cools akan bergandingan dengan Junior Eldstal yang baru pulih daripada kecederaan dalam aksi di Stadium Nasional, Singapura.

Pemain sayap lincah, Faisal Halim yang sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 turut mengisi kesebelasan utama.

Ketika ini, Indonesia muncul pendahulu Kumpulan B dengan berkongsi tujuh mata bersama Vietnam, manakala Malaysia di tangga ketiga selepas mengumpul enam mata.

Selamat berjuang Harimau Malaya moga beroleh kemenangan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya