Empat pemain bawa impak buat United - Utusan Malaysia

Empat pemain bawa impak buat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick biasanya enggan memuji pemain secara individu, namun kagum dengan prestasi Manchester United ketika menewaskan Burnley 3-1 pagi tadi dia menyenaraikan empat tonggak yang dianggap membawa impak.

Selepas bergelut ketika seri 1-1 dengan Newcastle, Selasa lalu, Red Devils meledak tiga gol dalam tempoh 35 minit untuk menghampiri kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Penyudah cantik Scott McTominay membuka jaringan United pada minit kelapan, diikuti gol sendiri Ben Mee yang terkena rembatan Jadon Sancho di minit ke-27.

Cristiano Ronaldo melengkapkan gol ketiga pasukannya selepas penjaga gol lawan, Wayne Hennessey gagal menangkap kemas rembatan McTominay.

CRISTIANO Ronaldo (kiri) meraikan jaringannya bersama Scott McTominay.

“Ia tidak bagus untuk bercakap tentang pemain secara individu. Seluruh pasukan memberikan persembahan jauh lebih baik.

“Saya juga gembira dengan prestasi pemain-pemain sayap. Jadon beraksi baik, terutama selepas meledak gol. Anda boleh lihat tahap keyakinannya meningkat.

“Begitu juga dengan Mason (Greenwood). Cara kerja dia sangat hebat.

“Saya gembira dengan persembahan Cristiano dan Edi (Edinson Cavani). Secara keseluruhan, ia persembahan yang bagus,” kata pengurus kelahiran Jerman itu.

Biarpun hanya bertindak sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim, namun Rangnick menyasarkan untuk menempatkan diri dalam kedudukan lebih baik daripada kelompok empat teratas.

Kemenangan itu meletakkan United di tangga keenam liga dengan empat mata di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya