Empat pasukan rebut tiket final Purple League - Utusan Malaysia

Empat pasukan rebut tiket final Purple League

BEREGU Ampang Jaya, Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo meraikan kemenangan straight set. - Ihsan SekhinahPR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Top Glove Purple League Pro-Am 2021 (TGPLPA 2021) semakin hangat apabila empat pasukan – Serdang BC, Ampang Jaya BC, Butterworth BC dan Bandar Maharani BC akan membuat perhitungan di separuh akhir hari ini.

Butterworth BC dan Ampang Jaya BC menepati ramalan layak ke peringkat kalah mati sebagai pasukan pilihan dan dilihat sebagai kuasa besar dalam kelompok empat terbaik apabila gah menjuarai kumpulan masing-masing dengan kutipan mata yang tinggi.

Terdahulu, perlawanan terakhir Kumpulan A menyaksikan pilihan utama, Butterworth BC menerima tamparan apabila tewas 10-12 di tangan Seremban City BC, namun bernasib baik dengan kelebihan mata yang dikumpul membolehkan mereka menafikan kemaraan Seremban ke separuh akhir.

Keputusan itu menjadikan Butterworth muncul naib juara kumpulan A dan akan membuat perhitungan dengan juara kumpulan B, Ampang Jaya BC yang merupakan pilihan kedua.

Gandingan beregu campuran Butterworth BC, Tan Yi Han-Goh Jin Wei bermula dengan langkah kiri buat pasukan mereka apabila tewas 2-3 (5-11, 11-7, 11-6, 10-11, 10-11) di tangan Tan Kok Xian-Gan Jing Err.

AKSI garang Samuel Lee membantu kemaraan Butterworth BC.

Begitupun, persembahan garang Samuel Lee memastikan Butterworth mengikat kedudukan 5-5 selepas mengheret lawannya Faiz Rozain ke set penentuan, sekali gus menang 3-2 (11-7, 7-11, 11-7, 5-11, 11-10).

Menyedari peluang semakin tipis, Seremban City kembali mendahului menerusi kemenangan 3-1 (8-11, 11-2, 11-3, 11-5) oleh perseorangan wanita mereka N.Saranya ke atas Lim Jing Ning disusuli beregu lelaki Mohd. Faris Zai’m- Muhd. Amar yang menewaskan gandingan Chee Yik Shen-Tee Zi Yi juga dengan keputusan 3-1 (11-8, 6-11, 11-8, 11-9)

Percaturan Butterworth menggandingkan Goh Jin Wei bersama Teoh Lexuan bagi beregu wanita membuahkan hasil apabila  meraih kemenangan 3-1 (6-11, 11-4, 11-9, 11-10) ke atas Desiree Siow-Ng Wan Win, sekali gus merapatkan jurang 10-12 di belakang Seremban City dan membolehkan mereka bergelar naib juara kumpulan A.

Menurut perseorangan lelaki Butterworth BC Samuel Lee, dia yang baru pulang dari Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2021 berpuas hati dengan persembahannya petang tadi.

“Saya gembira dapat menyumbang mata buat pasukan. Saya sedar pertandingan ini sangat kompetitif dan saya perlu berwaspada dengan lawan yang akan saya hadapi esok,” katanya.

Dalam Kumpulan B, Ampang Jaya BC menafikan kemaraan Rawang BC dengan kemenangan 12-6.

Mereka akan diiringi oleh Bandar Maharani BC yang muncul selaku naib juara kumpulan setelah melengkapkan empat perlawanan pada semalam.

Kejohanan Top Glove Purple League Pro-Am 2021 yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 kepada juara dan akan melabuhkan tirainya esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya