Eksperimen Rangnick kurang menjadi - Utusan Malaysia

Eksperimen Rangnick kurang menjadi

MASON Greenwood meraikan jaringannya ketika menentang Young Boys semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United tidak mungkin menggunakan kesebelasan utama yang sama pada masa akan datang selepas skuad ‘eksperimen’ Ralf Rangnick bergelut ketika seri 1-1 dengan Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Sudah pun mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati sebelum turun beraksi, Rangnick merehatkan ramai tonggak, termasuk Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, David de Gea, Jadon Sancho dan Fred.

Mason Greenwood diberi kepercayaan mengetuai serangan, manakala penjaga gol berusia 35 tahun, Tom Heaton dan pemain muda, Zidane Iqbal serta Charlie Savage, masing-masing berusia 18 tahun membuat penampilan pertama.

TOM Heaton dibawa masuk menggantikan Dean Henderson.

Pengendali dari Jerman itu bagaimanapun tidak gembira melihat Donny van de Beek membenarkan Young Boys mendapat gol penyamaan.

“Apa yang benar-benar menjengkelkan ialah cara kami melepaskan gol kerana kami terlalu banyak bermain bola di kawasan sendiri,” kata Rangnick.

RALF RANGNICK

Selepas membuka jaringan menerusi Greenwood seawal minit kesembilan, kesilapan pertahanan membolehkan Fabian Rieder menyamakan kedudukan buat Young Boys di minit ke-42.

Sedar apa pun keputusan tidak akan menggugat United yang sudah layak ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan F, Rangnick merehatkan pemain utama untuk persiapan menghadapi Norwich dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Undian peringkat 16 akhir Liga Juara akan dilakukan pada Isnin depan, di mana United berpotensi menentang enam pasukan – Atletico Madrid, RB Salzburg, Sporting Lisbon, Inter Milan, Benfica dan Paris Saint-Germain (PSG). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya