Ducati mahu simpan Bagnaia lebih lama - Utusan Malaysia

Ducati mahu simpan Bagnaia lebih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Aksi cemerlang diperagakan Francesco Bagnaia musim lalu bersama pasukan Ducati membuatkan ‘saham’ pelumba berusia 24 tahun itu meningkat naik sehingga menjadi rebutan beberapa pasukan.

Anak didik Valentino Rossi itu, dilihat berpeluang untuk merebut gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021 namun kemalangan di Grand Prix (GP) Emilia Romagna telah melenyapkan harapannya untuk dinobatkan sebagai juara dunia.

Meskipun kecewa namun Bagnaia terpaksa berpuas hati mengakhiri saingan sebagai naib juara dibelakang pelumba Yamaha, Fabio Quartararo yang memahat sejarah merangkul gelaran dunia sulungnya dan pertama buat Perancis.

Keputusan itu menyaksikan Ducati ketika ini sedang bekerja keras untuk menawarkan kontrak baharu yang lebih panjang kepada pelumba Itali itu memandangkan kontraknya akan tamat pada penghujung 2022.

Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna tidak mahu melepaskan Bagnaia dan berharap mereka mampu melanjutkan kerjasama bagi tempoh lebih panjang.

Francesco Bagnaia

“Memang itulah yang akan saya lakukan. Namun, seperti ketahui untuk mencapai kesepakatan perlu persetujuan dua-dua pihak.

“Jadi, ia bukan bergantung kepada Ducati sahaja tetapi juga dia (Bagnaia). Secara objektif saya rasa kedua-dua pihak ingin melanjutkan kerjasama bagi tahun akan datang,” ujar Dall’Igna.

Dalam perlumbaan musim ini, Bagnaia melengkapkan sembilan podium, termasuk empat kemenangan dalam enam perlumbaan terakhir MotoGP 2021 di GP Aragon, San Marino, Algarve dan Valencia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya