Cavani selamatkan United - Utusan Malaysia

Cavani selamatkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ralf Rangnick menyifatkan pemain Manchester United kurang agresif selepas gol lewat pemain gantian, Edinson Cavani menyelamatkan mereka ketika seri 1-1 dengan Newcastle, awal pagi tadi.

Newcastle yang sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris dengan menghuni tangga kedua tercorot mengejutkan Red Devils menerusi gol Allan Saint-Maximin seawal minit ketujuh.

Anak-buah Rangnick tenggelam sepanjang babak pertama di St. James’ Park dan memaksa Cavani dimasukkan dari bangku simpanan.

 

Bintang Uruguay itu meledak gol pertamanya sejak Oktober pada minit ke-71 kedua untuk memastikan United tidak mengalami kekalahan pertama dalam empat perlawanan di bawah Rangnick.

EDINSON Cavani meraikan jaringannya.

United kekal di tangga ketujuh, tujuh mata di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal, namun mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

“Saya tidak gemar persembahan keseluruhan, kami tidak menguasai perlawanan.

“Ia mengenai kekuatan, fizikal dan siapa yang memenangi persaingan. Kami tidak berada pada tahap terbaik dalam semua aspek.

“Kami patut memenangi persaingan dalam perlawanan. Hari ini bukan soal gerak badan tetapi fizikal badan.

“Jika kami mahu bersaing kami harus bersedia dengan fizikal dan perkara ini perlu dipandang serius,” kata Rangnick.

United berdepan masalah Covid-19 yang memaksa mereka tidak beraksi dalam tempoh 16 hari sejak menang 1-0 di Norwich pada 11 Disember lalu.

“Kami harus beraksi lebih baik dan bersedia secara fizikal.

“Kami tidak patut memberikan alasan. Kami harus memenuhi keperluan dari segi kepantasan, tempo dan rentak,” kata Rangnick. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya