Barcelona tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam tempoh 21 tahun - Utusan Malaysia

Barcelona tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam tempoh 21 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Barcelona tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun selepas tumpas 3-0 kepada Bayern Munich awal pagi tadi.

Kemenangan 2-0 Benfica ke atas Dynamo Kiev bermakna gergasi bola sepak Sepanyol itu menamatkan Kumpulan E di tangga ketiga, sekali gus hanya akan beraksi dalam Liga Europa, kejohanan yang tidak pernah mereka sertai.

Gol Thomas Mueller, Leroy Sane dan pemain berusia 18 tahun, Jamal Musiala memberi kekalahan pahit buat Xavi Hernandez yang gagal dalam misi menyelamatkan Barca sejak kembali ke pangkuan kelab itu.

PEMAIN Bayern Munich meraikan kejayaan menumpaskan Barcelona dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Ini kali pertama sejak musim 2000-2001, saingan Barca dalam kejohanan kelab elit Eropah itu berakhir sebelum sambutan Hari Krismas.

“Inilah realiti yang harus kami terima,  sekarang kami akan beraksi dalam Liga Europa, era baharu bermula hari ini.

“Barcelona tidak layak berada dalam Liga Europa, mereka patut berada dalam Liga Juara-Juara. Kami bermula semula dari kosong,” kata Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya