Bantu akademi, kelab lahirkan bakat badminton - Utusan Malaysia

Bantu akademi, kelab lahirkan bakat badminton

ROSLIN Hashim (belakang, tiga kiri) bersama Penasihat PS Team Sport Zone, Shariff Shai (kiri) dan pemilik kelab, Suresh Subramaniam (kanan) serta pelatih remaja di Johor Bahru semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia akan memiliki kelompok pemain badminton berkualiti yang lebih besar jika kerajaan dan syarikat korporat mengambil inisiatif menyediakan peruntukan kepada kelab serta akademi swasta.

Bekas pemain No. 1 dunia, Roslin Hashim berkata, kelab-kelab ini memiliki ramai pemain berbakat, terutama bintang muda yang mampu menjadi pelapis sukan badminton.

Jika bantuan diberikan kepada mereka untuk melahirkan lebih ramai pemain, Malaysia tidak akan bergantung semata-mata kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memiliki jaguh dunia seperti yang berlaku ketika ini.

“Secara jujurnya tiada dana sedemikian, jika adapun hanya daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi itu pun sukar untuk diperoleh.

“Ini salah satu sebab kita ketandusan pemain pelapis negara, sebenarnya banyak lagi bakat-bakat terpendam cuma mereka tidak memperoleh peluang, tiada rezeki untuk memasuki sekolah sukan.

“Tetapi jika disediakan dana dan diberi peluang serta pendedahan, pastinya mereka juga boleh pergi ke tahap lebih jauh,” kata Roslin.

Beliau berkata demikian selepas tamat majlis memperkenalkannya sebagai Ketua Jurulatih PS Team Sports Zone di Hotel Grand Paragon, di sini semalam.

LEE ZII JIA

Sementara itu, Roslin berkata, BAM perlu melakukan bedah siasat dalam menghantar pemain menyertai kejohanan secara kerap agar tidak berlaku ‘keletihan melampau’ sehingga menjejaskan prestasi dan tahap permainan mereka.

Katanya, jadual penyertaan pertandingan yang padat hanya akan menyebabkan pemain kehilangan prestasi terbaik mereka.

Katanya, tiada gunanya jika seseorang pemain menyertai banyak kejohanan tetapi tidak dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka.

“Kalau kita lihat secara keseluruhan prestasi skuad badminton negara sejak mereka menyertai kejohanan Piala Sudirman dan Kejohanan Dunia, sembilan kejohanan berturut-turut.

“Ada kejohanan yang mereka ‘perform’, tetapi secara keseluruhannya kita nampak prestasi mereka tidak berapa baik.

“Ini kerana penyertaan dalam kejohanan padat akan mengganggu prestasi mereka,” katanya.

Mengambil contoh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, Roslin memberitahu prestasi semasanya banyak disumbangkan keadaan kondisi tubuh badan fizikal yang dipaksa sehingga ke tahap mengalami kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya