Bandar Maharani lakar kejutan juara Purple League - Utusan Malaysia

Bandar Maharani lakar kejutan juara Purple League

PEMAIN Bandar Maharani BC meraikan kejayaan muncul juara Purple League semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bandar Maharani BC (BMBC) melakar kejutan terbesar apabila muncul juara badminton Top Glove Purple League Pro-Am 2021 (TGPLPA 2021) dengan menji­nakkan pa­sukan pilihan, Butterworth BC 9-1 dalam final semalam.

Biarpun bukan dilabel sebagai pilihan, BMBC bermula garang menerusi beregu campuran Zachary Sia-Yap Yee yang menundukkan Tan Yi Han- Goh Jin Wei, 3-1 (10-11, 11-7, 11-7, 11-7).

BMBC tidak berdepan masalah pada pertarungan ke­dua apabila perseorangan lelaki, Tai Chuan Zhe cemerlang dengan mudah menewaskan seterunya Samuel Lee 3-0 (11-7, 11-10, 11-7).

Kemenangan BMBC dimuktamadkan oleh bintang muda perseorangan wanita, Dania Sofea Zaidi, 15, yang mengejutkan Isabel Liau, 3-1 (11-8, 11-6, 11-10), sekali gus memastikan Bandar Maharani BC membawa pulang wang tunai RM8,000.

“Saya amat bangga dengan pasukan. Persiapan kami sangat mencabar kerana tidak dapat mengumpulkan kesemua pemain.

“Kami dapat me­ngatasi segala rintangan untuk beraksi sebaik mungkin dan muncul juara.

“Saya juga gembira melihat Dania Sofea banyak menyumbang mata buat pasukan biarpun dia merupakan pemain paling muda di dalam pasukan.

Dia sangat berbakat dan tenang di atas gelanggang,” kata pengurus BMBC, Eric Chan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya