PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melakukan melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan dan pemain untuk memastikan skuad kebangsaan mampu tampil lebih kompetitif pada masa akan datang.
Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Datuk Kenny Goh akan membuat pengumuman berkaitan penstrukturan semula itu dalam masa terdekat.
Perubahan itu bukan saja merangkumi struktur kejurulatihan, malah penilaian akan diberikan untuk setiap pemain sebelum tindakan susulan diambil
“Datuk Kenny daripada C&T akan umumkan ada perubahan daripada struktur kejurulatihan dan juga pemain-pemain…Jadi kita tunggu berita selanjutnya nanti.
“Fokus kita pertama untuk persiapkan pemain menyertai kejohanan penting supaya dapatkan tingkatkan bakat yang ada di peringkat tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.
Terdahulu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidi hari ini mengadakan lawatan ke ABM di atas kapasitinya sebagai Penaung BAM.