Azurin sahut cabaran India - Utusan Malaysia

Azurin sahut cabaran India

NURUL Azurin Mazlan berlepas ke India, Rabu lalu untuk beraksi dalam Liga Amatur India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjaga gol berbakat, Nurul Azurin Mazlan akhirnya berlepas ke India kelmarin bagi menimba pengalaman berharga di luar negara.

Tonggak skuad bola sepak wanita kebangsaan berusia 21 tahun itu ditawarkan beraksi selama dua bulan bersama sebuah kelab Liga Amatur India.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, demi mencari pengalaman ‘mahal’, Nurul ­Azurin sedia menerima tawaran beraksi di sebuah negara yang cukup asing buatnya.

IZHAM Ismail turut meluangkan masa menemui Nurul Azurin Mazlan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Impian pemain kelahiran Klang itu mendapat sokongan pelbagai pihak, terutama bekas-bekas pemain.

Kelmarin Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail turut meluangkan masa menemui Nurul Azurin Mazlan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Sebelum berlepas juga, Nurul Azurin turut dihubungi Presiden PFAM Safee Sali bagi memberikan kata-kata semangat kepada pemain ini.

SAFEE Sali memberi kata-kata semangat.

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar sebelum ini turut mengesahkan akan menaja makanan buat Azurin menerusi produk keluarannya berkonsepkan ‘sedia dimakan dan sedia dimasak’ iaitu sambal DuoBotak serta pes Adeq­Sue.

“Ya memang saya ingin bantu agar dia boleh berlatih dan ber­aksi dengan baik tanpa perlu memikirkan tentang makanan di sana,” katanya.

Nurul Azurin mula mencuri tumpuan selepas beraksi cemerlang ketika Malaysia menumpaskan Palestin 2-0 pada Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya