Ayuh 'ganyang' Garuda - Utusan Malaysia

Ayuh ‘ganyang’ Garuda

JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengatakan sesuatu kepada anak-anak buahnya dalam sesi latihan menjelang pertemuan menentang Indonesia, pada Piala AFF 2020, Disember lalu.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beranikah Shin Tae-yong menerapkan corak permainan secara terbuka ketika pasukan Indonesia, hanya memerlukan satu mata untuk layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 dan sejauh mana taktikal Tan Cheng Hoe mampu menjinakkan skuad Garuda buat kali ketiga.

Persoalan itu ketika ini mula bermain dalam minda jutaan peminat di Malaysia dan Indonesia yang berdebar menanti pertembungan kedua-dua pasukan bagi aksi terakhir Kumpulan B, di mana menawarkan slot ke separuh akhir.

Hanya kemenangan membolehkan pasukan Harimau Malaya menuju ke kelompok empat terbaik manakala seri bermakna skuad Garuda akan mara bagi perebutan gelaran ‘Raja’ ASEAN.

Pertaruhan taktikal kedua-dua jurulatih pada pertembungan di Stadium Nasional Singapura, malam ini bakal menentukan kejayaan pasukan masing-masing, selain bagaimana pemain sendiri melaksanakan tugas yang diberikan.

Dua rekod pertemuan terdahulu, jelas memihak kepada pasukan Malaysia tetapi harus diingat sentuhan jurulatih dari Korea Selatan itu dibuktikan ketika Indonesia mengikat Vietnam tanpa jaringan, sebaliknya skuad negara dibolosi tiga gol.

Selain memburu kejayaan buat rakyat di negara ini, Cheng Hoe juga mahu menjadikan kemenangan ke atas Indonesia sebagai hadiah kepada warganegara Malaysia di Singapura yang bakal hadir memenuhi stadium yang dijangka dipenuhi dengan 10,000 penonton.

“Saya dapat lihat penyokong Malaysia dalam tiga perlawanan lalu di Stadium Bishan. Terima kasih kepada semua yang datang berikan sokongan kepada pasukan.

“Kami mahu balas balik dan beri sesuatu kepada mereka. Kami mahu kembalikan keceriaan terutamanya bagi mereka yang sudah lama tidak dapat balik kerana Covid-19,” ujarnya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya