Aubameyang bakal senasib dengan Ozil, Guendouzi? - Utusan Malaysia

Aubameyang bakal senasib dengan Ozil, Guendouzi?

Pierre-Emerick Aubameyang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Masa depan Pierre-Emerick Aubameyang bersama Arsenal semakin tidak menentu sejak ‘dibuang’ daripada skuad utama.

Pengendali Gunners, Mikel Arteta enggan memberi jaminan mengenai kedudukan penyerang Gabon itu ekoran pelanggaran disiplin yang dilakukannya.

Aubameyang, 32, digugurkan ketika Arsenal menumpaskan Southampton 3-0 awal bulan ini dan tidak beraksi sejak itu.

Dalam tempoh ketiadaannya, Arsenal berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris, selain mara ke separuh akhir Piala Liga.

Aubameyang mengambil sikap berdiam diri walaupun ejennya ‘menyerang’ Arteta pada 14 Disember.

Pierre-Emerick Aubameyang memuat naik gambar bersama ahli keluarganya pada malam Krismas di Instagram kelmarin.

Bagaimanapun kelmarin, bekas kapten Arsenal itu me­nyiarkan gambar dia dan ahli keluarganya pada malam Krismas di Instagram, dengan kapsyen ringkas “Selamat Hari Krismas #KeluargaDidahulukan”.

Ia entri pertamanya sejak 3 Disember dan sejak melanggar peraturan pengurus Arsenal dengan berkunjung ke Perancis untuk berjumpa ibunya yang sakit dan membawanya pulang ke England.

Perjalanan itu telah dipersetujui oleh kelab tetapi difahamkan Aubameyang gagal kembali dalam tempoh ditetapkan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Aubameyang mempunyai masa depan di Emirates kerana bintang terdahulu seperti ­Matteo Guendouzi dan Mesut Ozil yang pernah berselisih de­ngan Arteta membuktikan mereka tidak pernah ‘menemui jalan pulang’.

Penyerang Gabon itu yang merupakan penerima gaji ter­tinggi kelab dikaitkan dengan potensi perpindahan ke Barcelona atau Juventus pada jendela bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya