236 tumbukan ubah wajah Gutierrez - Utusan Malaysia

236 tumbukan ubah wajah Gutierrez

Miriam Gutierrez (kanan) bersama Amanda Serrano selepas pertarungan di Amalie Arena, Florida kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPA, Florida: Wajah Mi­riam Gutierrez hampir tidak dapat dikenali selepas dia menerima 236 tumbukan daripada Amanda Serrano sepanjang pertarungan 20 minit di Amalie Arena, Florida kelmarin.

Dalam pertarungan tinju kelas lightweight itu, Serrano melepaskan 37 tumbukan hanya pada pusingan pertama.

Petinju dari Puerto Rico itu kemudian meraih kemena­ngan ke atas Gutierrez dengan keputusan sebulat suara ­pe­ngadil selepas tamat 10 pusi­ngan.

Serrano berjuang untuk memastikan dia dapat menentang jaguh tinju Ireland, Katie Taylor, sekali gus bakal menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju wanita.

Selepas menyebabkan muka lawannya bengkak teruk dan berubah daripada wajah asal, Serrano menyuarakan rasa hormat terhadap ketabahan Guterrez.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Miriam Gutierrez. Dia tidak lemah.

“Dia lawan yang kuat. Dia beritahu keadaannya lebih baik kali ini berbanding ketika bertarung dengan Katie Taylor sehingga terpaksa berehat selama setahun.

“Dia baru sahaja bertarung bulan lalu dan dia memenangi pertarungan itu. Saya bertarung de­ngan Gutierrez seorang pe­ninju yang hebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya