Zii Jia teruskan misi buru kejuaraan kedua - Utusan Malaysia

Zii Jia teruskan misi buru kejuaraan kedua

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan badminton Terbuka Hylo selepas mara ke separuh akhir malam tadi ketika kebanyakan pemain pilihan tersingkir awal.

Turun sebagai pilihan kedua di Saarbrucken, Jerman, Zii Jia menewaskan pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen 21-13, 22-20 dalam aksi 41 minit.

Pemain No. 8 dunia itu berjaya mengelak pertemuan dengan pemain No. 9 dunia, Angus Ng Ka Long selepas jaguh Hong Kong tersebut kalah mengejut kepada K. Srikanth dari India 21-11, 12-21, 21-19.

Berbanding Angus yang menewaskannya dalam pertemuan terakhir mereka dua tahun lalu, Zii Jia tidak mempunyai rekod pertemuan dengan pilihan keenam, Srikanth.

Dengan penyingkiran pilihan pertama, Chou Tien Chen (Taiwan) di pusingan pembukaan, selain pilihan kelima, Rasmus Gemke dari Denmark (suku akhir), Zii Jia akan bertemu pemain bukan pilihan jika mara ke final.

Bagaimanapun, Loh Kean Yew (Singapura) yang akan menentang Lakshya Sen dari India dalam satu lagi separuh akhir perseorangan lelaki adalah pemain yang mengejutkan jaguh negara itu pada pusingan pertama Terbuka Perancis, minggu lalu.

Zii Jia, 23, kini memburu kejuaraan keduanya tahun ini selepas muncul juara All England, Mac lalu.

Dalam pada itu, cabaran satu lagi wakil negara pada kejohanan bertaraf Super 500, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei berakhir dengan kekalahan 18-21, 13-21 pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran pada suku akhir beregu campuran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya