Yob ada ramai bakat hoki - Utusan Malaysia

Yob ada ramai bakat hoki

PEMAIN Perak merangkul kejuaraan lelaki Piala Tun Abdul Razak 2021 buat kali ke-11 selepas menumpaskan Pahang dalam perlawanan akhir di Bukit Jalil kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun membariskan majoriti pemain muda, Perak membuktikan mereka memiliki ramai bakat ketika mempertahankan kejuaraan hoki lelaki Piala Tun Abdul Razak 2021 kelmarin.

Kemenangan 2-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil meleburkan hasrat Pahang untuk merangkul gelaran pertama selepas beraksi dalam tiga pentas akhir pada 2011, 2012, 2014.

Saiful Sharil Saiful Bahri menjadi tunjang kejayaan Pe­rak pada edisi ke-49 kejohanan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya selepas terikat 1-1 pada separuh masa kedua.

“Alhamdulillah kami berjaya meraih kejuaraan dan pujian kepada semua pemain yang bermati-matian malam ini. Memang strategi kami untuk mencari gol awal dan ia berhasil.

“Keseluruhannya, saya puas hati dengan prestasi pemain. Tanpa membariskan pemain senior, kami berjaya dengan barisan pemain muda dan ini menunjukkan Perak tidak ketandusan bakat hoki,” kata jurulatih Perak, Abdul Sukur Adam.

Kemenangan tersebut membolehkan Perak merekodkan gelaran ke-11 keseluruhan sepanjang penyertaan dalam saingan Piala Tun Abdul Razak.

Tahun lalu, Perak muncul juara selepas menundukkan Terengganu 4-2 dalam aksi final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya