Xavi akan jadi Solskjaer, Guardiola atau Zidane? - Utusan Malaysia

Xavi akan jadi Solskjaer, Guardiola atau Zidane?

XAVI Hernandez kembali ke pangkuan Barcelona dengan misi mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Sepanyol itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Dengan hati yang berat, Al-Sadd terpaksa melepaskan pengurus kesayangan mereka, Xavi Hernandez yang akan kembali ke Sepanyol untuk membimbing kelab yang pernah dinaungi selama 17 tahun, Barcelona.

Kepulangan Xavi, 41, ke Camp Nou kali ini berbeza berbanding ketika dia menyarung jersi gergasi bola sepak Eropah itu dari 1998 hingga 2015 kerana Barca berdepan kemerosotan prestasi yang memaksa mereka memecat pengurus, Ronald Koeman pada 27 Oktober.

Barcelona yang sekadar mencatat empat kemenangan daripada 11 perlawanan kini menghuni tangga kesembilan La Liga, dan berisiko gagal ke pentas elit Liga Juara-Juara musim depan.

Ramai yang bimbang, apakah Xavi, yang mengikat kontrak bersama kelab Catalan itu sehingga 2024 adalah pilihan tepat untuk ‘menyelamatkan’ Barcelona yang tidak pulih sejak kehilangan Lionel Messi, Antoine Griezmann dan Luis Suarez.

BARCELONA kini tidak lagi memiliki trio peledak digeruni, Griezmann (kiri), Suarez (tengah) dan Messi.

Apakah dia akan menjadi seperti legenda Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang masih gagal membawa bekas pasukannya menjulang trofi sejak dilantik sebagai pengurus pada 2018 atau mengulangi kehebatan Pep Guardiola serta Zinedine Zidane.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Guardiola, bekas bintang tengah Barca dari 1991 hingga 2001 berjaya membawa pasukan itu menjulang tiga trofi La Liga, dua Copa del Rey, dua Liga Juara-Juara serta dua Piala Kelab Dunia sebagai pengurus dari 2008 hingga 2012.

PEP GUARDIOLA

Selepas mengecapi pelbagai kejayaan sebagai pemain Real Madrid, Zidane membawa musuh ketat Barcelona itu merangkul tiga gelaran Eropah, dua La Liga serta Piala Kelab Dunia selaku pengurus.

ZINEDINE ZIDANE

Digeruni ketika zaman kegemilangannya dan merangkul lapan trofi liga, tujuh Copa del Rey serta empat Liga Juara-Juara sepanjang hampir dua dekad di Barca, Xavi belum membuktikan kemampuan sebagai pengurus, kecuali bersama Al Sadd yang bukan pun pesaing Eropah.

Begitupun Guardiola menyokong pelantikan Xavi dan percaya dia bersedia menggalas tugas berat.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku tapi saya tidak pernah meragui Xavi. Saya percaya dia cukup bersedia kerana dia amat memahami bola sepak, mempunyai pengalaman sebagai pengurus dan keghairahan sebagai pemain,” kata pengendali City itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya