DUBLIN: Kanak-kanak perempuan yang menceroboh padang untuk mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo terlepas daripada didenda.
Khamis lalu, Addison Whelan, 11, mencuri tumpuan selepas melepasi petugas keselamatan dan berlari ke padang untuk meminta baju Ronaldo ketika Portugal seri 0-0 dengan Ireland dalam kelayakan Piala Dunia di Dublin.
“Bapa saya perlu membayar denda yang tinggi atas perbuatan saya, dia pasti gembira jika ada orang lain tolong membayarkannya,” kata Whelan yang juga seorang pemain bola sepak.
Whelan sepatutnya didenda 3,000 pound (RM16,755) atas perbuatannya, namun Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) mengesahkan tiada tindakan dikenakan terhadap kanak-kanak tersebut.
“Kami memberi jaminan kepada Addison, dia tidak akan dikenakan denda atas tindakannya berlari ke padang untuk meminta jersi Ronaldo,” kata Jurucakap FAI, Cathal Dervan.
Addison berkata, selepas melepasi petugas keselamatan dia menjerit memanggil nama Ronaldo hingga kapten Portugal itu berpaling ke arahnya.
“Dia beritahu petugas agar jangan apa-apa saya. Ketika dia datang ke arah saya, saya sedikit terkejut dan menangis.
“Saya tanya ‘boleh saya dapatkah jersi kamu? Tolong, tolong. Saya amat meminati kamu. Dia kemudian bertanya ‘awak okey?,” cerita Whelan. – AGENSI