Wanita Kuala Lumpur hebat serap tekanan - Utusan Malaysia

Wanita Kuala Lumpur hebat serap tekanan

PASUKAN wanita Kuala Lumpur meraikan kejayaan menumpaskan Pahang untuk muncul juara wanita Piala Tun Abdul Razak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berjaya me­nyerap tekanan kunci Kuala Lumpur (KL) menewaskan Pahang 1-0 di final ketika muncul juara wanita hoki Piala Tun Abdul Razak kelmarin.

Jurulatih Kuala Lumpur, A. Kannagi berkata, anak-anak buahnya tidak gentar berdepan Pahang, yang memiliki pengalaman beraksi di pentas akhir empat kali sejak edisi pertama pada 2016.

Saingan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu menyaksikan jaringan tunggal Nur Syaza Afiqah Safawi pada suku ketiga sudah cukup untuk skuad ibu kota meraih kejuaraan kedua.

“Kelebihan ada pada kedua-dua pasukan tetapi Kuala Lumpur dapat menjaringkan gol dan memanfaatkan peluang dengan baik.

“Kalau diikutkan, kekuatan kedua-dua pasukan seimbang. Pertahanan Pahang sukar ditembusi, jadi apa saja peluang di depan gol digunakan sepenuhnya,” kata Kannagi.

Kemenangan itu meletakkan Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor masing-masing berkongsi kejuaraan sebanyak dua kali sejak kejohanan pertama pada 2016.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Sabri Mohamad mengakui kagum dengan pencapaian pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain skuad Sukan Malaysia (Sukma) Pahang.

“Mungkin ini kali pertama kebanyakan pemain bermain di pentas final, jadi tak cukup pengalaman. Tetapi secara keseluruhan pemain menunjukkan kemampuan tinggi dan saya puas hati kerana kita lepasi sasaran setakat separuh akhir sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya