United ibarat jatuh ditimpa tangga - Utusan Malaysia

United ibarat jatuh ditimpa tangga

PEMAIN Manchester United menjalani latihan kelmarin dalam persiapan menghadapi Chelsea, pagi esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Masih dibayangi dua kekalahan liga berturut-turut, selain pemecatan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, keadaan Manchester United semakin sukar apabila bertandang ke ‘kandang’ pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea esok selepas hilang ramai tonggak utama.

Dua pertahanan tengah, ­Harry Maguire (penggantu­ngan) dan Raphael Varane (paha) tercicir daripada skuad ke London, manakala perancang utama, Paul Pogba belum pulih daripada kecederaan paha yang sudah lama membelenggu.

Kedudukan Luke Shaw yang sepatutnya menjadi alternatif di pertahanan tengah juga masih samar kerana kecede­raan kepala yang dialami ketika pasukan itu tewas 1-4 kepada Watford minggu lalu.

Dia juga tidak diturunkan ketika Red Devils menumpaskan Villarreal 2-0 di pentas Eropah, Khamis lalu.

CRISTIANO RONALDO

Kedudukan penyerang vete­ran, Edinson Cavani yang bergelut dengan masalah tendon masih tidak menentu, manakala Mason Greenwood yang terlepas dua perlawanan akibat Covid-19 sudah kembali, namun tidak pasti apakah cukup cergas untuk beraksi.

United juga dijangka mengumumkan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara pada bila-bila masa.

Begitupun dalam tempoh yang suntuk tidak mungkin pe­ngendali dari Jerman itu mampu membuat ‘magis’ dengan melakukan perubahan drastik.

Selepas menukar Ronaldo ke sayap kiri ketika berdepan ­Villarreal, bintang Portugal itu dijangka kembali ke posisi penyerang tengah.

Begitupun, cabaran yang bakal dihadapi pemain berusia 36 tahun itu tidak mudah kerana Chelsea membariskan pertahanan ampuh diketuai Thiago Silva, Antonio Rudiger dan ­Andreas Christensen.

ROMELU LUKAKU

BENTENG RAPUH SAMBUT LUKAKU

BAGI Chelsea, ketiadaan dua tonggak pertahanan United situasi paling sempurna buat Romelu Lukaku apabila berdepan ­bekas pasukannya.

Victor Lindelof dan Eric Bailly kini menjadi sandaran utama Red Devils untuk mengekang asakan Blues, yang amat bahaya dengan turut dibarisi Timo Werner dan ­Mason Mount.

Belum dapat dipastikan apakah Lukaku akan mengisi kese­belasan utama atau posisi itu diberikan Werner, namun bintang penyerang Belgium tersebut hampir pasti diturunkan tidak kira pada minit keberapa.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mungkin menggunakan pendekatan sama dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp (Liverpool) ketika pasukan itu membenam Red Devils pada saingan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya