United cemerlang dalam aksi pertama tanpa Ole - Utusan Malaysia

United cemerlang dalam aksi pertama tanpa Ole

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VILLARREAL, Sepanyol: Michael Carrick meletakkan Bruno Fernandes di bangku simpanan dan menurunkan Donny van de Beek dalam kesebelasan utama ketika  Manchester United menumpaskan Villarreal 2-0 pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Hanya diberi masa dua hari untuk merencanakan strategi ekoran pemecatan OIe Gunnar Solskjaer, Carrick yang menggalas tugas pengurus sementara melakukan beberapa perubahan drastik.

Selain bermula dengan Van de Beek dalam kesebelasan utama, dia juga meletakkan Cristiano Ronaldo di sayap kiri, manakala posisi penyerang tengah diberikan kepada Anthony Martial.

Ini hanya kali keempat Martial diberi kepercayaan mengisi kesebelasan utama pasukan musim ini.

CRISTIANO Ronaldo meraikan jaringan pembukaan Manchester United.

Tidak kira di posisi mana dia diletakkan, Ronaldo tetap menyerlah apabila membuka jaringan United pada minit ke-78, iaitu gol keenamnya dalam Liga Juara-Juara musim ini dan ke-10 keseluruhan.

Ketika permainan memasuki minit terakhir,
Jadon Sancho meledak gol kedua United, iaitu jaringan pertamanya bersama Red Devils, sekali gus membawa mereka mara ke pusingan 16 akhir dari Kumpulan F.

in JADON Sancho akhirnya membuka akaun jaringan bersama United.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami datang ke sini untuk menang. Biarpun situasi agak kelam kabut sebelum perlawanan tapi saya sentiasa percaya kami bersedia.

“Ia bukan perlawanan mudah, apatah lagi lawan kami adalah pasukan yang kuat.

“Saya fikir, pemain-pemain kami memberikan segala-galanya malam ini, saya sangat gembira melihat bagaimana perlawanan ini berakhir,” kata Carrick.

Berjaya melangkah ke peringkat kalah mati lebih awal mengurangkan tekanan Red Devils apabila menerima kunjungan kelab yang mengalahkan mereka dalam aksi pertama, Young Boys di Old Trafford, 9 Disember ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya