Tok Gajah mahu teruskan magis - Utusan Malaysia

Tok Gajah mahu teruskan magis

PEMAIN Sri Pahang melakukan persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan hatrik apabila menerima kunjungan Sarawak United di Kuantan malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah sumbang, malah hampir ter­singkir dari Liga Super, Sri Pahang bagaimanapun bersedia meneruskan kebangkitan luar biasa apabila menentang Sarawak United di Stadium Darul Makmur malam ini.

Selepas kalah 1-3 kepada Kuala Lumpur City (KL City) dan 0-1 di tangan Sarawak, Tok Gajah menghidupkan peluang untuk ke suku akhir dengan membelasah Pe­nang FC 4-0 serta 5-0 dalam dua aksi terakhir Kumpulan A.

Kemenangan itu meletakkan anak-anak buah Dollah Salleh menghuni tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu, KL City dan satu ditinggalkan Sarawak ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Malam ini, Sri Pahang bukan sahaja menagih sokongan penonton di laman sendiri untuk meneruskan kebangkitan hebat, malah Abdul Malik Mat Ariff dan Kenny Athiu diharap terus mempamer aksi memukau.

ABDUL Malik Mat Ariff (kiri) ketika meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi menentang Penang FC, Rabu lalu.

Athiu meledak hatrik, manakala Abdul Malik mencipta satu ja­ringan serta umpanan ketika Tok Gajah membelasah Penang FC di tempat lawan, Rabu lalu.

“Ramuan Dollah selepas rehat sebulan nyata menjadi. Dia berjaya mengatasi masalah ketumpulan penyudah.

“Paling penting mengekalkan momentum untuk terus mencatat kemenangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Muhammed Suffian Awang kepada Mingguan Malaysia.

Kata Suffian, biarpun Athiu tidak meledak gol ketika menewaskan Pulau Pinang di Kuantan, tetapi penyerang import itu banyak membuka peluang untuk Abdul Malik menjaringkan dua gol.

Ketika Athiu melakar hatrik di tempat lawan pula, Abdul Malik paling banyak melorongkan bola kepada rakan-rakan.

Sementara itu, KL City yang akan berdepan Penang FC mahu menebus kecewa selepas diikat 2-2 oleh Sarawak, Rabu lalu.

“Semua pasukan dalam kumpulan ini masih boleh melayakkan diri (ke suku akhir), jadi menentang Penang FC satu perlawanan yang sukar,” kata jurulatihnya, Bojan Hodak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya