TMJ bagi bunga kepada Sanusi - Utusan Malaysia

TMJ bagi bunga kepada Sanusi

SANUSI menunjukkan hadiah yang diterima daripada TMJ. - FACEBOOK MUHAMMAD SANUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Drama’ luar padang perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya berterusan selepas aksi pertama berakhir semalam.

Selepas ‘perang mulut’ antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menghangatkan pertembungan di Alor Setar yang berakhir 0-0 itu, hari ini ceritanya lebih menarik.

Terbaru, Sanusi berkongsi ‘hadiah’ yang diberikan Tunku Ismail menerusi akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.

“Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD… hari khamis ni kita berentap lagi.

SELAIN bunga, Tunku Ismail turut ‘belanja’ Sanusi McDonald.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan… kasi panas line tu wajib laaa,” katanya menerusi hantaran terbarunya itu.

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatat kedua-dua pasukan semalam menyaksikan peluang masih terbuka untuk mereka merebut slot ke separuh akhir.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya