Tinggalkan sahaja PSG, sertai Manchester United - Utusan Malaysia

Tinggalkan sahaja PSG, sertai Manchester United

MAURICIO POCHETTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Sejurus selepas Paris Saint-Germain (PSG) tumpas 1-2 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara semalam, Mauricio Pochettino menerima gesaan agar meninggalkan gergasi Perancis itu dan menerima tawaran Manchester United (MU).

Pochettino, 49, berdepan kesukaran untuk mengawal tiga ‘diva’ – Lionel Messi, Kylian Mbappe serta Neymar.

Pengurus kelahiran Argentina itu menjadi pilihan untuk berpindah ke Old Trafford menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat Ahad lalu.

REAKSI Lionel Messi (kiri), Kylian Mbappe (tengah) dan Neymar selepas PSG tewas kepada Manchester City dalam Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester semalam. – AFP

“Pochettino perlu keluar dari kelab tersebut. Kalau dia mendapat peluang melatih Manchester United, lebih baik dia pergi.

“Saya nampak bintang-bintang ini (Messi, Mbappe dan Neymar) akan memberi masalah kepadanya,” kata le­genda Liverpool, Jamie Carragher.

Legenda Perancis, Thierry Henry senada dengan Carragher bahawa serangan PSG yang ghairah mengejar gol menyebabkan benteng mereka terdedah.

Biarpun enggan melabel trio Messi-Mbappe-Neymar sebagai ‘masalah’, namun bekas penye­rang Arsenal itu mengakui, mereka menghalang Pochettino menguruskan pasukan dengan cara dimahukan.

“Pochettino tidak dibenarkan menjadi Pochettino yang sebenar. Bagaimana kamu hendak mengeluarkan mereka (Messi, Mbappe atau Neymar),” katanya.

Biarpun bermula baik dengan mendahului menerusi Mbappe pada minit ke-50, namun Raheem Sterling dan ­Gabriel Jesus memastikan City meraih tiga mata berharga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya