The Hammers lebur rekod tanpa kalah Liverpool - Utusan Malaysia

The Hammers lebur rekod tanpa kalah Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: West Ham mempamer aksi cemerlang ketika meleburkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Liverpool dengan menumpaskan Reds 3-2, sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium London itu juga membolehkan anak-anak buah David Moyes memintas Liverpool untuk mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Reds bukan sahaja mengalami kekalahan pertama mereka musim ini, malah keciciran mata buat kali kedua berturut-turut selepas seri 2-2 dengan Brighton dalam aksi terakhir liga di Anfield, minggu lalu.

ALISSON tertolak bola ke gawang sendiri untuk gol pembukaan West Ham seawal minit keempat.

Tuan rumah membuka jaringan seawal minit keempat selepas penjaga gol Liverpool, Alisson tertolak sepakan penjuru Pablo Fornals ke gawang sendiri.

Alisson membantah jaringan itu selepas mendakwa dia dikasari pemain lawan.

Liverpool menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat babak pertama menerusi sepakan bebas Trent Alexander-Arnold.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, The Hammers menggandakan serangan dan memperoleh peluang terbaik menerusi Declan Rice, namun tandukannya melepasi palang.

Sadio Mane dan Mohamed Salah juga melepaskan dua peluang terbaik untuk meletakkan Reds di depan, dan mereka terpaksa membayarnya dengan harga yang tinggi.

West Ham melancarkan serangan balas pantas untuk Fornals meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-67 sebelum Kurt Zouma meledak gol ketiga dengan menanduk bola hasil sepakan penjuru di minit ke-74.

Pemain gantian, Divock Origi berjaya merapatkan jurang pada minit ke-83, namun kebangkitan yang cuba dilakukan Reds sudah terlewat dan kedudukan 3-2 kekal hingga tamat permainan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya