The Doctor ‘beranak’ lagi di MotoGP - Utusan Malaysia

The Doctor ‘beranak’ lagi di MotoGP

MARCO Bezzecchi akan meneruskan legasi Valentino Rossi beraksi pada perlumbaan MotoGP musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Legasi Valentino Rossi semakin berkembang apabila anak didiknya Marco Bezzecchi ‘dinaikkan pangkat’ menyertai perlumbaan kelas perdana, MotoGP bersama pa­sukan Sky Racing Team VR46 musim depan.

Bezzecchi akan melakukan ujian rasmi di litar Jerez bersama jentera Ducati pada Khamis dan Jumaat ini, iaitu selepas tamat Grand Prix (GP) Valencia semalam.

Pengurus pasukan VR46, Pablo Nieto berkata, pelumba Itali berusia 23 tahun itu akan menyertai adik tiri Rossi, Luca Marini dan bakal menunggang jentera Desmosedici GP.

“Luca dan Marco akan menjalani ujian di litar Jerez selepas ini. Tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi. Semua orang tahu Marco akan menjadi rakan sepasukan Luca nanti.

“Tempat Marco di Moto2 bakal diisi oleh Niccolo (Antonelli) dan menjadi rakan sepasukan Celestino (Vietti),” ujarnya.

Begitupun Nie­to berkata, status Bezzecchi di VR46 masih belum ­disahkan secara rasmi berikutan masalah kelewatan penaja baharu, Aram­co yang dikatakan sudi menyertai pasukan tersebut musim depan.

“Kami telah mengadakan perbincangan bersama Aram­co sebelum ini, namun progres dengan syarikat tersebut sangat perlahan.

“VR46 perlu meneruskan perancangan mereka seperti biasa dan apa yang boleh kami katakan pasukan sedang be­kerja keras untuk mencapai kerjasama,” ujarnya.

Terkenal dengan julukan The Doctor, Rossi, juara MotoGP dunia tujuh kali yang beraksi dalam perlumbaan terakhirnya semalam membina legasi menerusi VR46 Academy serta VR46 yang berlumba sebagai pasukan satelit Ducati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya