Terengganu tempah laluan berliku - Utusan Malaysia

Terengganu tempah laluan berliku

PEMAIN Terengganu FC meraikan jaringan pembukaan Jordan Mintah (kiri) ketika bertemu JDT dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memilih jalan sukar pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan JDT membawa pulang bekalan satu gol berharga untuk menjadi pasukan pilihan dalam aksi timbal balik, Jumaat ini.

Beraksi di hadapan 20,000 penonton, Terengganu FC mendahului permainan hasil tandukan kemas Jordan Mintah seawal minit kelapan.

Kelebihan itu, bagaimanapun gagal dimanfaatkan tuan rumah yang mula hilang punca apabila sepakan Bergson Da Silva pada minit ke-11 terkena tiang sebelum percubaan susulan Gonzalo Cabrera tersasar ke tepi.

BERGSON da Silva (kiri) meledak gol penyamaan JDT.

JDT terus mengasak hebat kubu tuan rumah dan peluang terbaik menjelma pada minit ke-41, namun peluang satu lawan satu gagal disudahkan Bergson untuk mengekalkan kedudukan 1-0 ke bilik persalinan.

Lima minit bersambung babak kedua, JDT menyamakan jaringan melalui Bergson yang lebih bijak menghukum kesilapan Sang Penyu dan mudah menewaskan Mohd. Suhaimi Husin.

Terengganu FC yang tenggelam dalam permainan cuba melancarkan serangan namun, tandukan Mintah (m-63) terlalu lemah dan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya