Terengganu singkir Perak, mara ke suku akhir - Utusan Malaysia

Terengganu singkir Perak, mara ke suku akhir

PEMAIN Terengganu FC, meraikan jaringan Makan Konate (tengah)ketika membenam Perak dalam aksi Piala Malaysia di Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perak 4-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut itu menepati sasaran selaku pasukan pilihan, manakala Perak yang merupakan juara edisi 2018 terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Beraksi di depan 4,200 penyokong setia, tuan rumah mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan berkelas dunia oleh Makan Konate disusuli gol kedua, tujuh minit kemudian menerusi David Da Silva.

Kedudukan berubah lagi pada minit ke-26 menerusi rembatan deras pemain tengah, Dechi Marcel, juga dari luar kotak penalti yang menjadikan kedudukan 3-0 buat Sang Penyu.

Perak cuba kembali dalam permainan, namun percubaan Royizzat Daud ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd. Sharmiza Yusoff pada minit ke-29.

Bersambung di babak kedua, Bos Gaurus semakin hampa setelah sepakan leret pemain gantian, Muhamad Syahir Bashah (m-51) tersasar ke tepi pintu gol.

Sebaliknya, Terengganu FC terus selesa melebarkan jaringan 4-0 hasil sepakan penalti Faisal Abdul Halim pada minit ke-63 selepas Da Silva dijatuhkan dan kedudan kekal hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya