Teong Kim, Gamel dalam radar Tok Gajah - Utusan Malaysia

Teong Kim, Gamel dalam radar Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga nama jurulatih kini dalam radar pengurusan Sri Pahang sebagai persiapan awal menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.

Tok Gajah pastinya tidak mahu episod musim ini berulang yang mana mereka terpaksa menukar jurulatih di awal musim serta lewat mengikat pemain sehingga kehilangan beberapa tonggak yang disambar pasukan lain.

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim dikatakan berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri ­Pahang bagi.

Teong Kim ter­kenal dengan kemampuannya menaikkan bakat muda.

Jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel yang pernah menjawat tugas penolong ketua jurulatih Sri Pahang di bawah Thomas Dooley turut berada dalam radar pengurusan pasukan.

CHRISTOPHE GAMEL

Turut dinilai oleh pengurusan tertinggi kelab adalah jurulatih musim ini, Dollah Salleh, 58.

Menurut sumber, Sri Pahang berminat dengan ­khidmat Teong Kim tetapi gaji yang se­timpal dengan pengalaman dan status jurulatih berusia 58 tahun itu mungkin akan membantutkan hasrat Tok ­Gajah.

Sementara itu, Gamel yang kini melatih skuad 19 tahun ­Pahang juga boleh diberi peluang kerana dilihat mampu untuk membentuk skuad mantap sebagaimana anak-anak didiknya sekarang.

Turut mendapat tempat untuk mengisi kerusi panas itu sudah pastinya Dollah yang mampu mengekalkan Sri Pahang dalam saingan Liga Super dan membawa skuad Tok Gajah layak ke Piala Malaysia.

Dollah pernah membim­bing Tok Gajah dari 2010 hingga 2013, selain 2017-tahun ini.

Pengurusan tertinggi pas­tinya mahu menampilkan skuad terbaik bagi menghadapi musim 2022 dan tidak rela meng­ulangi kesilapan musim ini apabila lewat membentuk pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN