Sikap ada 'kelas' Ronaldo tutup mulut peminat Ireland - Utusan Malaysia

Sikap ada ‘kelas’ Ronaldo tutup mulut peminat Ireland

CRISTIANO Ronaldo membuka bajunya untuk diberikan kepada peminat cilik yang menceroboh padang dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Aviva, Dublin semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Cristiano Ronaldo gagal memberi impak ketika Portugal seri 0-0 dengan Ireland dalam kelayakan Piala Dunia 2022 semalam, namun dia mendapat pujian bukan kerana aksi di atas padang tetapi ‘kelas’ yang ditunjukkan.

Bintang Manchester United itu menerima tepukan gemuruh daripada penonton di Stadium Aviva, Dublin apabila memberi jersinya kepada penyokong cilik yang menceroboh padang.

Sepanjang perlawanan, Ronaldo, 36, diejek peminat tuan rumah setiap kali bola tiba di kakinya, namun apa yang dilakukan pemilik lima anugerah Ballon d’Or itu dihujung permainan berjaya meraih penghormatan mereka.

Seorang kanak-kanak perempuan menceroboh padang dan dikejar petugas keselamatan, namun Ronaldo menenangkan keadaan apabila memeluknya sebelum menghadiahkan jersi Portugal.

Gagal meraih kemenangan dalam perlawanan yang me­nyaksikan Pepe dilayangkan kad merah bagaimanapun tidak menjejaskan peluang Portugal untuk memburu tiket ke Qatar.

Portugal hanya memerlukan satu mata apabila me­nerima kunjungan Serbia di laman sendiri, Isnin depan untuk mengesahkan tiket.

Sementara itu dalam aksi di Athens, juara dunia 2010, Sepanyol memerlukan penalti Pablo Sarabia untuk menewaskan Greece 1-0 dan menghampiri Piala Dunia selaku pendahulu Kumpulan B.

Di Wolfsburg, Jerman yang sudahpun mengesahkan tiket Piala Dunia berpesta gol mem­belasah Liechtenstein 9-0.

Hansi Flick muncul jurulatih pertama memenangi enam perlawanan pertamanya bersama Jerman, Die Mannschaft, sekali gus mengatasi rekod Joachim Loew. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya