Seronok berlumba dalam tekanan - Utusan Malaysia

Seronok berlumba dalam tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Lewis Hamilton mengakui sangat ‘merindui’ perlumbaan sengit selepas memenangi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Qatar dengan kelebihan 25.743 saat mengatasi pencabar terdekatnya, Max Verstappen semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan pemandu Mercedes itu, yang juga juara dunia tujuh kali, mengurangkan jurang dengan pendahulu keseluruhan dunia, Verstappen menerusi lapan mata.

Hamilton, 36, berkata, dia tidak sabar untuk menonton semula perlumbaan di Litar Losail itu bagi mengetahui apakah yang terjadi kepada pencabarnya sehingga boleh menang dengan jarak masa sedemikian.

LEWIS Hamilton meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Qatar di Litar Antarabangsa Losail, dekat Doha semalam.

“Saya tidak sabar menonton semula video perlumbaan tadi. Saya mahu tahu apa yang terjadi di belakang saya kerana saya rasa seperti berlumba bersendirian.

“Saya lebih gemarkan perlumbaan sengit di mana tekanan dan fokus yang sepenuhnya diperlukan bukan hanya pemandu tetapi juga kepada seluruh pasukan.

“Saya sungguh menikmati perlumbaan tadi dan kami sangat memerlukan mata untuk saingan kali ini kerana ia tahun yang sangat sukar.

“Memenangi perlumbaan di sini, membuatkan saya rasa selesa, cergas dan paling cergas saya pernah rasakan.

“Saya tidak sabar untuk mengharungi dua lagi perlumbaan (di GP Arab Saudi 6 Disember dan GP Abu Dhabi, 12 Disember),” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya