'Saya takkan langgar Vestappen' - Utusan Malaysia

‘Saya takkan langgar Vestappen’

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Lewis Hamilton menegaskan, dia tidak akan sesekali melanggar seterunya, Max Verstappen ketika persaingan me­rebut gelaran Formula Satu (F1) dunia semakin sengit.

Biarpun ketinggalan 12 mata ketika saingan berbaki lima perlumbaan, Hamilton menegaskan, dia sama sekali tidak tertekan.

Bercakap dalam sidang ­akhbar kelmarin, Hamilton menolak cadangan ­bos Mercedes, Toto Wolff bahawa kejuaraan dunia mungkin boleh diselesaikan menerusi kemalangan ‘Senna-Prost’.

Dalam temu bual sebelum ini, Wolff berkata, jika kejuaraan terpaksa ditentukan hingga ke perlumbaan terakhir kemala­ngan yang pernah terjadi kepada ‘Senna-Prost’ tidak mustahil akan berulang.

Pada 1989 dan 1990, persai­ngan sengit pemandu McLaren-Honda mendorong kepada kemalangan kontroversi Alain Prost serta Aryton Senna pada Grand Prix Jepun.

“Saya berada di sini memang untuk menang, namun saya mahu menang dengan cara yang betul.

“Saya mahu menunjukkan kemahiran, keazaman dan kerja keras, bukan insiden kontroversi seperti itu,” tegas pemandu Britain berusia 36 tahun itu.

MAX VERSTAPPEN

Juara dunia tujuh kali itu menegaskan, merangkul kejuaraan dunia buat kali kelapan tahun ini bukan keutamaannya ketika ini.

“Saya tahu Max tidak pernah memenangi kejuaraan, jadi saya tahu apa yang dilaluinya.

“Untuk memburu kejuaraan pertama terutama dalam sukan ini, saya sedar tekanan yang dihadapi Max,” ujar Hamilton.

Persaingan sengit kedua-dua pelumba Mercedes dan Red Bull itu akan diteruskan pada Grand Prix Mexico esok.

Kata Hamilton, dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tekanan kerana ini bukan kali pertama dia berada dalam situasi sengit.

“Saya hanya perlu menang dan menang, itu yang saya lakukan pada masa lalu dan sekarang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya