Satu mata cukup bawa JDT ke suku akhir - Utusan Malaysia

Satu mata cukup bawa JDT ke suku akhir

PEMAIN JDT menjalani latihan latihan akhir semalam sebelum menyambut kehadiran Sabah dalam aksi Piala Malaysia malam ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) ha­nya memerlukan satu lagi mata berdepan Sabah malam ini untuk mengesahkan tiket suku akhir Piala Malaysia.

Berdasarkan aksi terdahulu yang menyaksikan JDT menang 2-0, Jumaat lalu, anak-anak buah Benjamin Mora dilihat tidak berdepan masalah untuk mengulangi kejayaan di laman sendiri.

Mora mahu memilih jalan mudah memastikan Harimau Selatan meraih tiket suku akhir lebih awal dengan menewaskan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Berpuas hati dengan aksi agresif pasukannya dalam pertemuan di Likas, dia berharap prestasi sama dapat diulangi di depan penyokong yang kembali ke stadium buat kali pertama selepas enam bulan.

“Dalam perlawanan minggu lalu, pemain berjaya menguasai permainan dan tidak memberi ruang kepada tuan rumah.

“Begitupun, Sabah tetap ­berjaya memberi saingan dalam perlawanan itu. Di bawah bim­bingan Kim Swee, mereka ­menjadi sebuah pasukan yang berbeza.

“Bagaimanapun, perlawanan itu hanya boleh dimenangi oleh satu pasukan sahaja. Saya gembira kami pulang dengan tiga mata,” katanya.

Menjelang perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu, Harimau Selatan memberi tumpuan kepada penggempur veteran Sabah yang juga bekas bintang mereka, Amri Yahyah.

Katanya, penyerang berusia 40 tahun itu mampu mencipta kejutan dan mencipta peluang gol dari pelbagai sudut.

“Walaupun dia sudah se­nior, tapi dia bagus dan bijak membaca perlawanan selain berupaya memecahkan benteng ampuh pertahanan dalam pelbagai cara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya