Rodgers mula cari rumah di Manchester - Utusan Malaysia

Rodgers mula cari rumah di Manchester

BRENDAN RODGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Brendan Rod­gers sedang mencari rumah di Cheshire, berdekatan utara Manchester kerana peluang­nya untuk menggalas tugas pengurus Manchester United semakin kuat biarpun bakal berdepan jendela perpindahan yang sukar.

Menurut The Sun, pengurus Leicester City itu bergerak ­selangkah lebih dekat kepada tugasan di Old Trafford dengan mencari rumah di kawasan di mana ramai pemain United tinggal.

Biarpun lembaga pengarah United terus menyokong Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan kepada Liverpool dan Manchester City, namun mereka tetap mencari alternatif lain.

Bagaimanapun, lembaga pe­ngarah United memutuskan bahawa Rodgers tidak akan diberi dana untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan Januari, sebaliknya dia perlu menggunakan sumber pemain sedia ada.

Mereka merasakan dengan menandatangani lebih banyak pemain serta membelanjakan­ lebih banyak wang bukan penyelesaian terbaik kepada masalah prestasi Red Devils.

Selain Rodgers, United juga dikatakan cuba memujuk le­genda Perancis dan Real ­Madrid, Zinedine Zidane yang kini tidak membimbing mana-mana pasukan.

Rekod Zidane, 49, sebagai pengurus Real sangat sangat menakjubkan dengan me­rangkul tiga kejuaraan Liga Juara-Juara, selain dua gela­ran La Liga, namun dia tidak yakin apakah menjadi pengurus United adalah keputusan yang tepat.

United berharap hubungan baik Zidane dengan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane dapat meyakinkannya bahawa Old Trafford adalah pilihan yang te­pat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya