BERLIN: Seorang kanak-kanak perempuan didenda 2,500 pound (RM13,929) selepas menceroboh padang untuk mendapatkan jersi Cristiano Ronaldo.
Addison Whelan, 11, berlari ke dalam padang di Dublin kelmarin untuk meminta baju penyerang Manchester United itu.
Whelan melompat halangan selepas tamat perlawanan yang berkesudahan Portugal seri 0-0 dengan Ireland dalam kelayakan Piala Dunia 2022.
Dia turut mengelak dua petugas keselamatan sebelum menjerit kepada Ronaldo dan meminta baju kapten Portugal itu.
Ronaldo, 36, kemudian meminta petugas keselamatan agar tidak mengasari gadis tersebut sebelum memeluk dan menyerahkan bajunya.
“Bapa saya perlu membayar denda yang tinggi atas perbuatan saya, dia pasti gembira jika ada orang lain tolong membayarkannya,” katanya. – AGENSI