Rennes guna Hayek ‘pancing’ Alvarez - Utusan Malaysia

Rennes guna Hayek ‘pancing’ Alvarez

SALMA HAYEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Bintang tengah Ajax, Edson Alvarez mendakwa, Rennes menggunakan pelakon terkenal Hollywood, Salma Hayek untuk memujuknya menyertai kelab Ligue 1 tersebut.

Berasal dari Mexico, Alvarez, 23, menyertai Ajax sejak 2019 dan membantu kelab Belanda itu merangkul kejuaraan berganda musim lalu.

Bagaimanapun Rennes menggunakan pelakon ter­kenal Mexico, Hayek yang juga isteri kepada pemilik pasukan, Francois-Henri Pinault untuk berunding dengan pemain itu.

Kata Alvarez, dia bangga de­ngan minat yang ditunjukkan kelab Perancis tersebut, namun gembira untuk kekal di Ajax.

EDSON ALVAREZ

“Sangat sukar untuk menolak Rennes tapi saya tiada rasa ragu-ragu.

“Saya mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara menentang pa­sukan yang besar.

“Sebelum musim ini, saya hanya beraksi selama enam bulan. Musim yang pendek untuk saya membuktikan segala-gala­nya.

“Ya, ia betul (Hayek cuba menukar fikirannya). Sebagai salah seorang rakan Mexico, dia menghubungi saya dan cuba memujuk saya untuk datang ke Perancis.

“Ia mengejutkan saya tetapi saya bangga (de­ngan tawaran itu).

“Begitupun, Ajax adalah pilihan saya dan saya menerangkan perkara itu kepadanya,” katanya kepada De Telegraaf.

Meskipun berdepan permulaan perlahan sejak menyertai Ajax dua tahun lalu, namun Alvarez tampil sebagai tonggak dan pemain kegemaran penyokong pada 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya