Remaja 19 tahun ranapkan impian Kedah - Utusan Malaysia

Remaja 19 tahun ranapkan impian Kedah

ARIF Aiman Hanapi meledak tunggal JDT ketika mengalahkan Kedah pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Arif Aiman Hanapi muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas gol tunggalnya memastikan penyandang juara Piala Malaysia itu mara ke separuh akhir menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 pada suku akhir kedua, sebentar tadi.

Jaringan pemain remaja berusia 19 tahun itu pada minit ke-40 membolehkan Harimau Selatan mara secara agregat 1-0.

Anak-anak buah Benjamin Mora kininmenempah pertemuan separuh akhir dengan Terengganu FC yang menyingkirkan Sarawak United secara agregat 6-3.

Terengganu meneruskan rmenang 4-2 dalam suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam.

PENJAGA gol Kedah, Mohd. Shahril Saa’ri menumbuk bola tandukan Guilherme de Paula di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Beraksi di laman sendiri, JDT terus memberi tekanan kepada pasukan lawan dalam membawa misi memburu gol awal bagi memberikan kelebihan buat pasukan.

Peluang hadir pada minit ketiga menerusi sepakan sepakan bebas Leandro Velazquez namun hantarannya itu gagal disambut oleh Mauricio Dos Santos dan Guilherme De Paula.

Pada minit kesembilan, gerakan yang diilhamkan Arif Aiman mencari Nazmi Faiz Mansor sebelum melorongkan bola kepada De Paula namun rembatan pemain naturalisasi itu jauh meliar.

Biarpun diasak hebat skuad Harimau Selatan, pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak berjaya mengekang kemaraan pasukan tuan rumah dengan berkampung di kawasan sendiri menutup ruang buat JDT mengatur gerakan.

Pertahanan ampuh skuad Lang Merah  menyaksikan tidak banyak aksi menarik dapat diperkatakan dalam 30 minit pertama biarpun JDT mendominasi permainan tersebut.

Ketiadaan Bergson Da Silva menyebabkan JDT gagal mempamer aksi terbaik mereka manakala kehadiran De Paula yang mengisi posisi tersebut dilihat tidak mampu memberi impak yang diharap.

Kekebalan gawang gol Kedah terus diuji, kali ini menerusi percubaan Gonzalo Cabrera pada minit ke-32 hasil sepakan ‘volley’ namun ketangkasan refleks Shahril Sa’ari berjaya menampan keluar rembatan itu.

Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, JDT akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan menerusi jaringan Arif Aiman menewaskan Shahril pada minit ke-40 setelah mendapat umpanan cantik Leandro.

De Paula hampir menambah jaringan buat juara bertahan Piala Malaysia itu namun percubaannya dari jarak dekat dinafikan oleh Shahril dengan menguis keluar percubaan berbahaya itu.

Bersambung babak kedua, Arif Aiman yang berada di prestasi terbaiknya cuba mencari ruang untuk menambah jaringan menerusi gerakan solo dari sayap kanan namun rembatan lencongnya gagal menewaskan Shahril pada minit ke-48.

Arif Aiman sekali lagi mendatangkan cemas buat pasukan Kedah tetapi percubaannya kali dinafikan Shahril yang bertindak cemerlang memastikan gawang tidak lagi dibolosi.

Shahril terus mempamerkan aksi cemerlang menjaga gawang dengan menyelamatkan sepakan percuma Leandro pada minit ke-61.

Mora yang membuat pertukaran dengan membawa masuk Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh menggantikan pemain terbaik perlawanan, Arif Aiman dan Cabrera gagal menambah jaringan buat JDT.

Kedah yang hanya memerlukan satu jaringan untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya dilihat berdepan laluan sukar setelah tidak ada percubaan berbahaya dilakukan bagi menguji kecekapan Farizal Marlias.

JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia menerusi agregat 1-0 dan akan bertemu Terengganu yang layak dengan jaringan agregat 6-3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya