Reds pamer kebangkitan hebat - Utusan Malaysia

Reds pamer kebangkitan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada kekalahan 3-2 kepada West Ham dengan mempamer aksi hebat ketika membenam Arsenal 4-0 di Anfield hari ini.

Kemenangan selesa itu membolehkan mereka kembali ke kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata, empat mata di belakang Chelsea.

Liverpool juga menamatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah The Gunners untuk terus memberi tekanan kepada Chelsea.

Arsenal bermula garang apabila memperoleh peluang terbaik di minit ke-20, namun tandukan Bukayo Saka dihadang Alex Oxlade-Chamberlain.

SADIO Mane meraikan gol pembukaan Liverpool.

Selepas mengharungi 33 minit yang sukar, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan rakan sejawatannya di Arsenal, Mikel Arteta terlibat dalam pertengkaran hebat di ruang rehat.

Suasana ‘panas’ itu menaikkan semangat Reds untuk menggandakan serangan, dan Sadio Mane akhirnya membuka jaringan pada minit ke-39 selepas menanduk bola sepakan bebas Trent Alexander-Arnold.

Lima minit selepas babak kedua bersambung, Diogo Jota bijak menghukum kesilapan pertahanan lawan untuk menggandakan kedudukan 2-0.

DIOGO Jota menambah gol kedua Reds.

Mohamed Salah meledak gol ketiga tuan rumah berpunca daripada serangan balas sebelum pemain gantian, Takumi Minamino menambah jaringan keempat menerusi sentuhan pertamanya.

TAKUMA Minamino meledak gol liga pertamanya di Anfield.

“Inilah sebenarnya yang kami perlukan dan jangkakan daripada pasukan.

“Kami amat kecewa selepas kalah (di West Ham) tapi hari ini, kami bangkit semula.

“Tidak dibolosi, empat gol dan prestasi yang sangat baik,” kata Alexander-Arnold kepada Sky Sports.

Bagi Arsenal, kekalahan keempat musim ini mengekalkan mereka di tangga kelima liga, tiga mata di luar kelompok empat terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya