Rangnick pernah tolak Ronaldo kerana 'terlalu tua', selain tidak gemar pemain bertatu - Utusan Malaysia

Rangnick pernah tolak Ronaldo kerana ‘terlalu tua’, selain tidak gemar pemain bertatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ralf Rangnick pernah menolak untuk membeli Cristiano Ronaldo yang dianggap ‘terlalu tua’, selain mengelak untuk memilih pemain bertatu, namun pada akhirnya jurulatih dari Jerman itu akan mengendalikan dengan semua pemain tersebut apabila bersetuju membimbing Manchester United sehingga akhir musim.

Ketika membimbing RB Leipzig dari 2015 hingga 2016, pengurus berusia 63 tahun itu pernah ditanya, jika diberi pilihan apakah dia mahu membawa masuk Ronaldo atau Messi dalam pasukan.

“Sama sekali tidak. Pertama, kita ada had gaji dan mereka juga terlalu tua,” jawabnya ketika itu.

Rangnick memberi kenyataan tersebut pada 2016 dan ketika itu Ronaldo baru berusia 31 tahun bukan 36 tahun seperti sekarang.

“Kami ada falsafah sendiri dan kehadiran mereka tidak akan membantu,” katanya.

RALF RANGNICK

Ketika itu, Rangnick mungkin tidak akan terfikir dia bakal menjadi jurulatih Ronaldo satu hari nanti, malah dia juga akan mempunyai ramai bertatu dalam skuad United.

Rangnick seorang yang memiliki wawasan dalam bola sepak, namun pelantikannya sama seperti melempar ‘bom tangan’ dan sama ada letupan akan menggegarkan bilik persalinan dalam masa terdekat.

Seorang rakan rapatnya dalam bola sepak mendedahkan, Rangnick seorang jurulatih yang ‘mendesak’.

Dia mungkin tidak mempunyai masalah untuk pemain muda seperti Jadon Sancho, Aaron Wan Bissaka, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Diogo Dalot, namun bagi mereka yang sudah berusia seperti Ronaldo atau Edinson Cavani, mungkin ada sedikit masalah akan timbul.

EDINSON Cavani (kiri) dan Cristiano Ronaldo.

“Manchester United bukanlah pasukan yang ‘mendesak’. Kehadirannya mampu menjadikan mereka hebat atau mungkin juga boleh menjadi bencana dalam bilik persalinan,” kata sumber rapat tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbar baru-baru ini Rangnick ditanya tentang polisinya sebelum ini iaitu tidak akan menandatangani pemain yang mempunyai tatu.

“Jika ia satu kebetulan (membimbing pasukan yang dibarisi pemain bertatu), maka perkara itu (polisi) bukanlah 100 peratus digunakan. Dalam bola sepak, kami memerlukan pemain yang beraksi sebagai satu pasukan.

“Kami tidak memerlukan pemain yang mana, selepas menjaringkan gol satu-satunya perkara yang mereka lakukan adalah menunjukkan nama mereka, meraikan diri sendiri di depan penyokong,” katanya.

United akan berdepan cabaran getir pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stamford Bridge, London awal pagi esok, begitupun Rangnick tidak sempat untuk membimbing pasukan dalam perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya