Qatar Piala Dunia terakhir Neymar - Utusan Malaysia

Qatar Piala Dunia terakhir Neymar

NEYMAR (kanan) meraikan jaringan Lucas Paqueta (tengah) bersama Vinicius Junior dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Neo Quimica Arena, Sao Paulo semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Neymar mengumumkan, Piala Dunia 2022 adalah penampilan terakhirnya di pentas tertinggi itu dan akan melakukan apa sahaja untuk membantu Brazil merangkul kejuaraan keenam.

Semalam, Brazil muncul negara Amerika Selatan pertama mengesahkan tiket ke Piala Dunia selepas menumpaskan Colombia 1-0.

Gol tunggal Lucas Paqueta pada minit ke-72 memadai untuk membawa skuad Selecao melakar kemenangan di Quimica Arena, Sao Paulo.

Brazil mendahului kedudukan teratas kelayakan zon Amerika Selatan dengan me­ngumpul 34 mata daripada 12 perlawanan, sembilan mata meninggalkan pencabar rapat, Argentina.

Empat pasukan terbaik layak secara automatik ke Piala Dunia 2022 di Qatar, manakala negara di tangga kelima perlu mengharungi saingan playoff.

“Saya fikir, ini Piala Dunia terakhir, jadi saya akan melakukan segala yang termampu agar semuanya berjalan baik.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk menang bersama negara saya dan memenuhi impian sejak kecil,” kata pemain berusia 29 tahun itu kepada DAZN.

Neymar gagal membantu Brazil me­rangkul kejuaraan keenam ketika negara mereka menjadi tuan rumah pada 2010, malah menemui kegagalan sekali lagi di Rusia 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya