Piala Dunia 2022 tanpa Ronaldo? - Utusan Malaysia

Piala Dunia 2022 tanpa Ronaldo?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Cristiano Ronaldo tidak mampu menahan sebak selepas Portugal dikejutkan 1-2 oleh Serbia awal pagi tadi untuk memaksa mereka beraksi dalam saingan playoff bagi mencari tiket Piala Dunia 2022.

Juara Eropah 2016 itu dikejutkan dengan kebangkitan pasukan pelawat biarpun mendahului 1-0 di Lisbon, sekali gus membolehkan Serbia muncul juara Kumpulan A dan layak meraih slot automatik ke Qatar tahun depan.

Ronaldo, 36, dilihat cuba menahan air mata sebaik sahaja tamat perlawanan kerana peluangnya untuk membuat penampilan kelima Piala Dunia kini tidak ketentuan.

CRISTIANO Ronaldo (kanan) tidak mampu menahan kecewa selepas kekalahan Portugal di Lisbob.

Skuad bimbingan Fernando Santos hanya perlu seri dalam perlawanan itu untuk layak ke Piala Dunia.

Bagaimanapun mereka dikejutkan dengan jaringan kemenangan penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic pada minit ke-90.

“Kami bertanggungjawab atas kekalahan ini kerana gagal beraksi dengan baik.

“Kami hanya bertahan pada babak kedua. Tahniah kepada Serbia kerana mereka beraksi dengan sangat baik.

“Semua orang di bilik persalinan sangat kecewa tetapi sekarang kami perlu fokus aksi playoff kerana kami berhak untuk beraksi di Piala Dunia,” kata pemain tengah Portugal, Joao Palhinha.

PEMAIN Serbia meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia 2022.

Dalam aksi di Estadio da Luz, Portugal bermula langkah kanan apabila membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Renato Sanches.

Dusan Tadic bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-33, sebelum Mitrovic mengesahkan kemenangan sensasi Serbia di hujung perlawanan. –   AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya