Pertembungan Kedah-JDT kembalikan 'aura' Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Pertembungan Kedah-JDT kembalikan ‘aura’ Piala Malaysia

AKSI suku akhir pertama Piala Malaysia Kedah-JDT berlangsung sengit dan berakhir 0-0. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula dengan ‘perang mulut’ antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sehingga membawa kepada aksi sengit yang berakhir 0-0, pertembungan Kedah-Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi benar-benar mengembalikan ‘aura’ Piala Malaysia.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir pertama yang turut berlangsung malam tadi, juara 33 kali, Selangor tumbang 0-2 di laman sendiri kepada Kuala Lumpur City.

Begitupun keputusan seri 0-0 Kedah dan JDT di Alor Setar lebih mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan, sekali gus mengembalikan kemeriahan Piala Malaysia yang menyambut ulang tahun ke-100.

Beraksi tanpa dua tonggak import yang sedang menggalas tugas antarabangsa, Rabih Ataya (Lebanon) dan M. Anumanthan (Singapura), selain dibayangi isu tunggakan gaji beberapa hari sebelum perlawanan, skuad Hijau Kuning mempamer pertahanan yang mantap ketika mengikat juara bertahan, JDT.

AKSI Kedah-JDT berlangsung sengit dan berakhir 0-0 di Alor Setar, malam tadi. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Menurunkan pasukan terkuat dengan kehadiran semua pemain import dan bintang Harimau Malaya hingga digelar ‘pasukan kayangan’, ramai menjangkakan JDT mampu pulang bersama kemenangan di Alor Setar.

Bagaimanapun, melihat persembahan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak, ramai menyifatkan JDT sebenarnya menempah laluan getir apabila menyambut Kedah dalam suku akhir kedua di Johor, Khamis ini.

ANTARA komen peminat bola sepak di Facebook Utusan Online.

“Terbaik kedah… Berjaya ikat team yg dipenuhi pemain terbaik dn terkaya di Malaysia walaupun kehilangan beberapa pemain utama,” tulis pelayar Facebook Utusan Online, Kamarudin Ismail.

“Kedah ada kelebihan gol tempat lawan di Johor,” tulis Fakhrul Faizal Al Haq.

ANTARA komen peminat bola sepak di Facebook Utusan Online.

“Pertahanan kedah paling paduuuuu,” kata Shahardi Hamzah Takuyakimuraboy.

“Sepatutnya getir tu kepada Johor sebab kalau depa kena sebijik lagi berisiko walau seri,” tulis pemilik akaun Facebook, Nazrul Farhan.

“Hanya dengan JDT mereka bermain bermati-matian.. dengan team lain hancur lebur,” kata Isnadi Nadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya