Persiapan terburuk Harimau Malaya? - Utusan Malaysia

Persiapan terburuk Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memanggil pemain secara berperingkat untuk persiapan Piala AFF di Singapura, bulan depan bukan perkara yang diinginkan Tan Cheng Hoe, namun pengendali Harimau Malaya itu tidak punya pilihan ke­rana jadual liga domestik yang amat padat.

Kata Cheng Hoe, hanya itu pi­lihan yang beliau ada kerana kempen Piala Malaysia akan berakhir pada 30 November sedang­kan perlawanan pertama skuad kebangsaan dalam Kumpulan B bermula 6 Disember.

Beliau hanya akan mendapat skuad penuh pada 1 Disember sebelum berlepas ke Singapura dua hari kemudian.  Pemain yang tidak terlibat dalam suku akhir akan menyertai pasukan lebih awal.

“Sudah pasti sebagai jurulatih anda mahu semua pemain ber­ada dalam pasukan lebih awal untuk memberi tumpuan kepada taktikal berpasukan.

“Dengan kumpulan kecil yang datang, kami hanya boleh lakukan latihan kecergasan dan tumpuan kepada individu,” katanya.

Situasi Cheng Hoe ketika ini amat sukar, apatah lagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan perlawanan akhir sebagai sasaran untuk dipenuhi.

Cheng Hoe berkata, tiada mana-mana jurulatih di dunia, tidak menginginkan kemenangan apabila menyertai kejohanan, malah perlawanan pemanas badan juga amat penting untuk pasukan.

“Perlawanan pemanas badan sebelum beraksi dalam apa-apa kejohanan perlu.

“Begitupun disebabkan Piala Malaysia, mungkin kami hanya mengadakan kem latihan kerana saya tidak nampak peluang mengadakan aksi persahabatan de­ngan Timor Leste,” ujarnya.

DION COOLS

Bertambah malang buat Harimau Malaya, Dion Cools hanya akan menyertai pasukan pada 13 Disember, iaitu perlawanan ter­akhir peringkat kumpulan kerana perlu beraksi buat FC Midtjylland pada suku akhir Piala Denmark.

“Cools aset pasukan kebangsaan. Permainannya, dengan kualiti, nilai tambah jadi kami pasti akan merinduinya untuk beberapa perlawanan.

“Kami berterima kasih kepada kelabnya kerana melepaskan dia di luar jendela FIFA (badan bola sepak dunia),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya