Perak FC berusaha lunaskan gaji pasukan - Utusan Malaysia

Perak FC berusaha lunaskan gaji pasukan

PFAM memberi tempoh tiga hari sehingga esok kepada pengurusan Perak FC untuk membayar gaji pemain dan barisan kejurulatihan mereka yang tertunggak tiga bulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan berusaha menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain biarpun melebihi tempoh tarikh ditetapkan iaitu esok.

Ahli Lembaga Perak Perak FC, Ahmad Yani Aminuddin berkata, walaupun tidak mampu membayar tunggakan tiga bulan itu sekaligus tetapi perkara itu akan diselesaikan.

“Kami akan selesaikan biarpun lambat membayar tunggakan itu.

“Memang itu isu utama yang kami ingin tangani sebaik melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Yani berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan pemain untuk berbincang mengenainya.

PEMAIN Perak FC tetap akan menerima tunggakan gaji cepat atau lambat.

“Setelah berbincang dan mendengar penjelasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan turut bersama dengan Ketua Pegawai Kewangan (CFO ) serta jurulatih Shahril Nizam, rata-rata pemain akur dengan cadangan kami untuk buat bayaran tunggakan gaji secara berperingkat walaupun pada mulanya mereka mahukan sekurang-kurangnya tiga bulan dibayar sekaligus walaupun ada yang menolak.

“Malah minggu hadapan kami akan membuat beberapa bayaran tapi bukanlah sekaligus,” katanya.

Ahmad Yani berkata, tidak semua pemain bersetuju dengan tindakan melaporkan masalah gaji kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Berikutan itu, PFAM mengeluarkan arahan kepada Pafa supaya isu itu diselesaikan sebelum atau pada 28 November ini.

Surat itu ditandatangani oleh Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle itu yang dikirim melalui emel kepada Perak FC pada18 November lalu.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, ada pemain yang terkejut nama mereka turut tersenarai dalam kumpulan pengadu.

“Mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai aduan kepada PFAM itu walaupun mengakui ada perbincangan diadakan mengenai isu itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya