Penyokong Selangor dalam keresahan - Utusan Malaysia

Penyokong Selangor dalam keresahan

IFEDAYO OLUSEGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu demi satu bintang meninggalkan Selangor ketika perancangan mereka untuk menghadapi musim 2022 tidak menentu, meresahkan penyokong Gergasi Merah.

Kelmarin, juara Piala Malaysia 33 kali itu mengesahkan pemergian Ifedayo Olusegun, antara penyerang terbaik Liga Malaysia (Liga M) dengan dua musim memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Super.

Berita itu hadir sehari selepas Syahmi Safari turut dilepaskan, dan bek kanan itu dikatakan dalam perjalanan ke selatan tanah air.

Lebih meresahkan peminat, rundingan untuk mendapatkan penyerang Kedah, Kipre Tchetche dikatakan menemui kegagalan, malah seorang lagi pemain sasaran Gergasi Merah, Jordan Mintah yang juga pemenang Kasut Emas Liga Perdana musim ini dikatakan memilih untuk kekal bersama Terengganu FC.

Kipre Tchetche

“Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Me­rah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran lebih baik bagi musim hadapan.

“Ifedayo akan sentiasa menjadi salah seorang penyerang paling berbisa pernah bermain bersama Selangor setelah memenangi anugerah kasut emas untuk dua musim berturut-turut dan memegang rekod penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.

“Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Ifedayo atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada kelab selama ini, dan mengucapkan selamat maju jaya,” kata Selangor FC.

Ifedayo memainkan peranan penting buat Selangor sepanjang tiga musim, malah kejayaan meledak 25 gol tahun ini membolehkannya meme­cah rekod penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Super yang dipegang Mohammed Ghaddar (23 gol).

“Hilang import terbaik. Sepatutnya dikekalkan apa cara sekalipun kalau pengurusan betul-betul serius mahu bersaing dalam Liga Super,” tulis pengguna Facebook Yuzman Azua.

“Kelab belanja ikut bajet.. dia demand (tuntut) gaji mahal.. top scorer (penjaring terba­nyak) kan.. tak mampu..so kena lepaskan,” kata Zulfadhli Sobri.

“Kita percayakan sahaja Me­laka United mampu bayar gaji dia selepas Se­langor FC walaupun mereka pernah ada masalah culas bayar gaji player (pemain), cuma fokus terhala ke Perak dan Kedah jer.. andaian aku MU sekadar persinggahan sebelum ke Police Terro,” kata Mahmudputeh Whitemud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya