Penonton masuk padang: FAM tunggu keputusan MFL - Utusan Malaysia

Penonton masuk padang: FAM tunggu keputusan MFL

Saifuddin Abu Bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menunggu keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika insiden penyokong memasuki padang ketika perlawanan Piala Malaysia antara Selangor dan Terengganu FC (TFC) perlu dibawa ke Jawatankuasa Disiplin badan induk itu.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata, ketika ini segala perkara berkaitan operasi Liga Malaysia (Liga M) berada di bawah kendalian MFL dan mereka menyerahkan kepada badan pengelola Liga M untuk terlebih dahulu menentukan sama ada insiden yang berlaku salah atau tidak.

“Berkaitan semua operasi pertandingan adalah dibawah MFL dan mereka yang akan ambil tindakan yang perlu atau sepatutnya. Jika perkara ini perlu dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin, barulah kita ambil alih,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran jam edisi terhad FAM bersama Casio G-SHOCK, hari ini.

MFL ketika ini sedang menyiasat insiden penyokong memasuki padang dan turut memeluk pemain TFC ketika meraikan jaringan Jordan Mintah dengan perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu berkesudahan skuad Penyu menang 3-1.

Selain itu, Saifuddin berharap insiden seperti itu tidak berulang lagi kerana ia membabitkan soal keselamatan pemain dan penyokong.

“Kalau cakap pasal badan induk, memang kita tak benarkan perkara macam ini berlaku. Bukan hanya ketika Covid-19, sebelum wabak ini pun kita tak nak benda ini berlaku kerana keselamatan pemain dan penyokong itu sendiri.

“Penyokong melompat pagar dan sebagainya adalah tanggungjawab tuan rumah. Memang kita tak boleh sekat keghairahan penyokong meraikan kemenangan pasukan, tapi berpada-padalah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya