‘Pemain sakit kita kena jaga’ - Utusan Malaysia

‘Pemain sakit kita kena jaga’

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim agak beremosi apabila mendapat tahu ada pemain dipotong gaji disebabkan menghidap kanser kerana amat sensitif dengan isu kebajikan, selain terkenangkan adindanya, ­Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat disebabkan barah.

Kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, isu tersebut ­disampaikan oleh rakan sepasukan pemain berkenaan, sekali gus membuatkan beliau bersuara demi menjaga kebajikan semua pemain bola sepak di Malaysia.

“Dia cerita kepada rakan sepasukan dia yang pihak pengurusan ada nak potong gaji dia tahun depan. Orang itu cerita dengan saya.

“Saya hanya suarakan apa yang saya rasa di mana kebajikan orang-orang yang kerja dengan kita, kita harus jaga. Takkanlah dia nak mengaku kepada umum (orang ramai), apa dia cakap.

“Kita punya industri bola sepak kecil. Semua pemain, jurulatih, orang dalam pihak pe­ngurusan semua kawan. Semua bercakap soal gaji, perpindahan, bonus, elaun dan lain-lain.

“Orang luar industri bola ini tahu ke apa yang pemain lalui atau bagaimana pihak pengurusan menguruskan pemain,” tulisnya dalam Twitter HRH Crown Prince of Johor.

Biarpun tidak menyebut nama pemain atau pasukan yang dimaksudkan, namun peminat bola sepak mengandaikan mesej itu ditujukan kepada Selangor kerana bintang tengah mereka, Brendan Gan sedang melawan kanser testis.

Selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Selangor FC tampil menafikan telah memotong gaji kapten mereka, malah Brendan turut menjelaskan, majikannya memenuhi kontrak 2021 dengan membayar gaji penuh.

Tunku Ismail kemudian menjelaskan, pemotongan yang dimaksudkan adalah berkaitan kontrak 2022 dan bukan 2021.

“2021? Baca kena baca be­tul-betul. Kita ini tengah bincang 2022. Tahun depan punya cerita encik. Dia cakap tahun depan pihak pengurusan nak kurangkan (gaji).

“Saya bersuara pasal dia dah banyak berkorban untuk kelab tersebut. Kesian dia kanser. Adik saya pun meninggal dunia kan­ser. Itu aja,” katanya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsi bagaimana JDT menguruskan kebaji­kan pemain-pemainnya yang berdepan kecederaan berpanjangan seperti Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Gary Steven Robbat.

“JDT akan memastikan pemain kembali sembuh sepenuhnya, contoh hantar ke luar negara untuk menjalani rawatan, kontrak disambung.

“Macam pemain seperti Gary dan Azrif mengalami kecederaan masa panjang tetapi menerima rawatan yang profesional, malah diperbaharui kontrak tanpa dipotong gaji. Kelab harus menjaga kebajikan pemain. Full stop!” Ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya